Saturday, February 11, 2012

REDHA DENGAN KETENTUAN-NYA

Assalamualaikum...


saat eima menulis blog nih hati tengah terlalu gundah gulana
tak tahu apa yang eima pikirkan, hanya mampu mengatakan hati eima sememangnya tengah bersedih.
cuti-cuti sem nih duduk kat rumah memang betol2 takde semangat
hidup macam dah separuh ilang tak tahu kemana
banyak mendiamkan diri, nak buat ape pon tak berpikir ape2.
rase nak buat eima buat, rase taknak buat eima taknak buat.
mungkin fikiran terlalu kacau, bak kate orang JK.. JIWA KACAU, huhuhu.

ape yang eima harapkan agar hati mampu bertahan, tabah dan sabar dalam menempuh segala dugaan dan cabaran yang Allah berikan. dan eima sendiri yakin eima mungkin boleh lakukan. semoge hati akn terus kuat.

insyaAllah kalau jodoh masih milik kami, pasti akan bersatu walau bertahun terpisah. amin..~~

:'(

Tuesday, February 7, 2012

JODOH DI TANGAN TUHAN, PERCAYA BAHAWA JODOH ITU ADA

assalamualaikum..wbt.


tibe2 teringat sesuatu yang berlaku kat diri eima nih. tapi bukan kat diri eima je, benda sama yang berlaku kat kawan facebook eima jugak.
cinta yang terlarang oleh orang tua, dan pasangan kami di jodohkan dengan orang lain.
sape yang pernah baca entry eima tentang eima nak pergi pahang masa hari raya tahun lepas, jumpe family si dia, so our relationship being like this right now.

eima tak tau apa silap eima apa kekurangan eima sampaikan ibu dia sanggup memisahkan kami, menjodohkan si dia dengan orang kampung si dia jugak.
berat untuk eima terima hakikat ni setelah sekian lama eima menunggu dia hadir dalam hidup eima. tapi eima percaya jodoh itu ada, dan mungkin jodoh eima bukan dengan die. mungkin kami ditakdirkan untuk menjadi sahabat baik buat selamanya.

sepanjang di bulan ramadhan, bulan yang mulia, eima berdoa, solat hajat yang tak putus2 supaya Allah menyatukan eima dengan dia, akhirnya kami di satukan, dan kami sama2 sependapat kalau ada jodoh kami akan bawa hubungan ini ke perhubungan yang halal yakni nikah. tapi jodoh mungkin bukan milik kami, akhirnya kami terpisah jua atas bukan kerelaan diri kami..

eima tak mampu untuk buat apa2 dan eima dah bersedia atas apa yang bakal berlaku. kalau benar perempuan tu jodoh si dia, eima harap perempuan tu dapat manjakan si dia macam mana arwah ayah si dia dan eima manjakan die. eima mahukan dia bahagia. insyaallah..

kelebihan yang di tarik kembali olehNYA..

assalamualaikum....wbt..

lame sangat eima tak update blog eima
busy yang teramat, lame sangat tak update sampai lupe pasword, hihihihi.. naseb baek ade 'mr.reset pasword' ^_^

erhmm on 26 january is my birthday yang ke 21 tahun.. tua sudahh... hihi
before birthday, satu musibah berlaku kat eima..
air panas yang baru je masak tersimbah kat kaki kanan eima
atas kecuaian eima sendiri, cerek elektrik tu terjatuh and air panas terkena kaki eima..
saket yang teramat sangat2 .. sampai tak tahan, terus ke hospital kemaman.

now kaki dah ok.. cuma tengah mengelupas, tukar kulit baru..
hurmm ats kejahilan eima sendiri.. eima memang membanggakan dengan adanya kaki yang bersih dan putih
but now Allah tarik balik kelebihan yang eima ada.. dan Dia beri peringatan bahawa itu adalah pinjaman duniawi..




kaki ni mase hari kedua, bangun pagi terus gelembong air besar

Saturday, October 29, 2011

JOM BERPUASA DI BULAN ZULHIJJAH ..!

Puasa 1 – 10 Zulhijjah

.

1 Zulhijjah

Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.

  • Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.

2 Zulhijjah

Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.

  • Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa mela-kukan maksiat.

3 Zulhijjah

Doa Nabi Zakaria diper-kenankan Allah.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

4 Zulhijjah

Nabi Isa dilahirkan.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.

5 Zulhijjah

Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 Zulhijjah

Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.

7 Zulhijjah

Pintu neraka jahanam akan di-kunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.

  • Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kem-dahan dan kesenangan.

8 Zulhijjah

Dinamakan “Tarwiyah” (Hari berfikir). Nabi Ibrahim bermimpi men-\dapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.

  • Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.

9 Zulhijjah

Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau mengerti.

1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya. 2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.

3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir.


  • Sesiapa berpuasa pada hari itu akan di-ampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini. Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluarganya. Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

  • Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.

~~ SELAMAT BERAMAL...!! ^_^ ~~

Friday, October 21, 2011

STUDENT SHIPPING

SAJE JEK NAK KASI TAU.. SKANG NI SY DAH JADI STUDENT PERKAPALAAAAANNNNN....!!! EHEHEHEHEH KAT RANACO EDUCATION AND TRAINING INSTITUTE.. SO FAR BARU SEMINGGU MASUK SINI, AND TAKAT NI OKAY LAH KOT, YANG PENTING STUDY BEST TAK BYK SUBJEK MACAM MASE JADI STUDENT TOURISM DULU..


yippppppiiiiiiiiiiiiiiii.......~~